Monday, September 8, 2014

UPSR

Tanggal 9 September 2014 adalah hari bersejarah bagi adik adik yang menduduki peperiksaan UPSR. Setelah berada selama 6 tahun dalam kancah separa neraka, hari ni adalah hari penentuan bagi melangkah ke alam Sekolah Menengah yang makin mencabar.

Bila masuk alam Sekolah Menengah, kau orang semua akan diketegorikan sebagai remaja, tiada lagi menyambut hari kanak kanak kerana masa ni kebanyakkan dari kau orang sudah pun tumbuh bulu kat kemaluan masing masing. 

Semoga dapat menjawab dengan tenang. Kalau mak bapak kau orang bagi pensil yang katanya mempunyai bacaan 30 juzuk alquran, campak je ke tong sampah dengan tenang. Kalau dia tanya siapa yang suruh buang, cakap je brader Ian Zainal yang suruh. Yang penting masa rehat nanti jangan lupa makan donut gula. Walaupun nampak macam takde kena mengena tapi aku peduli apa, aku yang taip sukahati aku la. 

Percayalah aku cakap UPSR ni bukan penentu masa depan kau orang, member aku yang keputusan jahanam pun boleh berjaya sekarang. Aku keputusan yang agak cemerlang ni pun sampai sekarang tak dapat kerja gomen. Mak bapak kita ni kalau anak dapat kerja gomen tu kira berjaya la, cerah masa depan katanya. 

Dah la, tulis panjang panjang bukan kau orang nak baca. Yang mana perempuan tu jawab ala kadar pun takpe, dah besar nanti belajar timbang bola. Jadi pemain bola lagi elok. Yang lelaki tu lantak kau orang la nak jawab macam mana, aku taknak ambik peduli.

No comments:

Post a Comment