Saturday, October 25, 2014

Kosong

Mata tak boleh nak pejam, aku bingkas bangun dari katil. Niat utama nak tulis satu carita. Buka komputer riba yang tersegam tak berapa nak indah diatas meja dan serta-merta fikiran aku kosong. Satu abjad pun aku tak mampu keluarkan. Celaka.

Jam telah menunjukkan masuknya waktu solat fardhu subuh, aku masih termenung depan komputer riba. Kepalaku mendongak ke siling dengan harapan ada bidadari bagi idea atau paling tidak pun senyuman yang manis, hampa, yang ada cuma seekor cicak yang mungkin sedang mentertawakan aku, siapa tahu?

Entri ni sudah masuk perenggan ketiga dan bila semak perenggan pertama dan kedua, baru aku sedar yang tiada cerita untuk dibaca. Anak haram.

Aku ambil wuduk, solat subuh, kemudian aku tidur. Engkorang pun pergi lah tidur.

REBEL KEPALA BANA

Nak jadi rebel kena ada kat tengah-tengah. Baru boleh hentam kiri dan kanan. PR salah kita fak PR, bila BN salah kita fak BN. Barulah sebenar benar Rakyat.

Ini kau laung Rakyat Hakim Negara tapi berdiri dibelakang PR. Untuk apa? Untuk mansuhkan akta hasutan dan bekap Anwar? Rakyat mende macamtu, mengakulah pejuang PR kan senang.

Wednesday, October 22, 2014

Cinta Tak Seronok

"Kenapa kau nampak sedih, Nis?" 

"Aku pun tak tahu kenapa aku sedih, dan aku tak tahu kenapa semua ni jadi kat aku" jawab Nis sedikit menduga.

Aku hari ni pun tak berapa sihat, jadi aku biarkan saja Nis mengelamun. Dalam benak fikiranku kuat mengatakan bahawa Nis sedang mengharungi minggu bendera merah. Kebiasaannya kalau perempuan sedang mengharungi bendera merah, moodnya akan swing seperti buaian. Dan suatu hari nanti pasti akan berhenti, pasti.

Aku hirup Nescafe panas yang sudahpun dihidangkan beberapa minit yang lalu. Sudah sedikit dingin. Aku hirup perlahan.

"Uhukkk uhukkk uhukkkk" 

"Kau kenapa Joe?" Tanya Nis kepadaku.

"Aku kurang sihat lah, batuk-batuk dari semalam" 

Nis bergegas ke dapur untuk mendapatkan air suam. Dihulurnya kepadaku, hampir tertumpah.

"Nah, minum air ni"

"Air apa tu? Arak ke? Letak je kat situ dulu, nanti aku minum lah"

"Arak kepala hotak kau!!" Jawab Nis sambil ketawa, hambar.

"Aku tanya kau ni, kenapa kau sedih?" 

"Entahlah Joe, aku kadang kadang terfikir, kenapa semua yang aku sayang akan hilang atau, mati?"

Nis pernah cerita kat aku tentang perkara ni, apa saja benda yang dia sayang akan pergi meninggalkannya. Kucing yang dia sayang, mati digilis kereta. Kasut yang dia sayang, baru beli di kedai Bata, hilang dikebas orang. Banyak lagi yang dia list-kan hari tu. Yang paling kelakar, buku yang dia suka baca, tulisannya hilang, hanya tinggal helaian kosong. Aku cuma cakap, mungkin itu petanda kecil kiamat. Ya, nampak macam logiknya tiada, tapi itu yang dia cerita kat aku. Meremang juga bulu roma, tapi aku buat-buat selamber.

"Aku nak bagitahu kau ni, Joe. Tapi...."

"Uhukkkk uhukkkk krohhhhhh" 

Belum sempat Nis menghabiskan baris kata, aku batuk sekali lagi. Kali ni lagi teruk. Bunyinya umpama seseorang meniup Vuvuzuela tepat kat telinga kau. 

Aku rebah, mulutku berdarah. Mataku kabur. Aku terlelap sunyi. Ada sedikit efek asap yang aku sendiri tak pasti datang dari mana.

"Maafkan aku, Joe. Aku tak patut mencintai kawan seperti kau"




Saturday, October 18, 2014

Berperasaan

Malu cuma perasaan, bukan makanan, minuman atau jenama sebuah kereta. Tuhan bagi semua manusia perasaan malu. Mungkin beruk juga ada perasaan malu, siapa sangka? 

Cuma kemaluan jangan dibuat main. Nahas nanti.

Thursday, October 16, 2014

Malam

Melayan helaian kertas yang isinya sebuah cerita. Tiada lagi memek muka didalam kaca screen talifon bimbit. Mungkin tiada, atau tidak perlu, tapi rasanya tiada. 



Buka pintu dan nyalakan rokok sambil tangan kiri menghalau makhluk penghisap darah, bukan pontianak, aku yakin itu cuma seekor nyamuk. Selama 27 tahun hidup ini kali yang ke-3 aku percaya dengan diri sendiri.



Masuk rumah dan aku tidur. Esok hujan, aku rasa.

Tuesday, October 14, 2014

Pantun Cinta Celaka

Tidak guna cantiknya Mawar,
Kalau badannya penuh berduri;
Jangan gusar cinta dah tawar,
Hatiku mampu terbang sendiri.

Terbanglah tinggi si burung Merak,
Terbang tinggi ke awan biru;
Pergilah sayang biarku retak,
Berkasih dengan hati yang baru.

Kalau mencelah ditengah bualan,
Jangan diungkit kisah yang lama;
Cinta kita macam buaian,
Berhayun tetap berhenti jua.

Jangan ditunggu bulan purnama,
Mengharap bayang tak muncul tiba;
Bayang juga tidak setia,
Inikan pula sebuah cinta.

Mana pergi semua wanita?,
Bertutup tetap pilihan aku;
Kalau tiada yang ingin bercinta,
Berserah pada Tuhan yang satu.


Monday, October 13, 2014

Munafiq

Aku tidak bertutup rapi,
Dosa kau kata.
Kau bertutup,
Tidak mengapa, tidak semua sempurna, kau kata.

Aku tidak menyembah kebumi,
Neraka, kau kata.
Kau menyembah,
Bagaikan berhala.
Tidak mengapa, syurga bukan kau punya, kau kata.

Munafik, kau punya jenama,
Aku kata.