Wednesday, October 22, 2014

Cinta Tak Seronok

"Kenapa kau nampak sedih, Nis?" 

"Aku pun tak tahu kenapa aku sedih, dan aku tak tahu kenapa semua ni jadi kat aku" jawab Nis sedikit menduga.

Aku hari ni pun tak berapa sihat, jadi aku biarkan saja Nis mengelamun. Dalam benak fikiranku kuat mengatakan bahawa Nis sedang mengharungi minggu bendera merah. Kebiasaannya kalau perempuan sedang mengharungi bendera merah, moodnya akan swing seperti buaian. Dan suatu hari nanti pasti akan berhenti, pasti.

Aku hirup Nescafe panas yang sudahpun dihidangkan beberapa minit yang lalu. Sudah sedikit dingin. Aku hirup perlahan.

"Uhukkk uhukkk uhukkkk" 

"Kau kenapa Joe?" Tanya Nis kepadaku.

"Aku kurang sihat lah, batuk-batuk dari semalam" 

Nis bergegas ke dapur untuk mendapatkan air suam. Dihulurnya kepadaku, hampir tertumpah.

"Nah, minum air ni"

"Air apa tu? Arak ke? Letak je kat situ dulu, nanti aku minum lah"

"Arak kepala hotak kau!!" Jawab Nis sambil ketawa, hambar.

"Aku tanya kau ni, kenapa kau sedih?" 

"Entahlah Joe, aku kadang kadang terfikir, kenapa semua yang aku sayang akan hilang atau, mati?"

Nis pernah cerita kat aku tentang perkara ni, apa saja benda yang dia sayang akan pergi meninggalkannya. Kucing yang dia sayang, mati digilis kereta. Kasut yang dia sayang, baru beli di kedai Bata, hilang dikebas orang. Banyak lagi yang dia list-kan hari tu. Yang paling kelakar, buku yang dia suka baca, tulisannya hilang, hanya tinggal helaian kosong. Aku cuma cakap, mungkin itu petanda kecil kiamat. Ya, nampak macam logiknya tiada, tapi itu yang dia cerita kat aku. Meremang juga bulu roma, tapi aku buat-buat selamber.

"Aku nak bagitahu kau ni, Joe. Tapi...."

"Uhukkkk uhukkkk krohhhhhh" 

Belum sempat Nis menghabiskan baris kata, aku batuk sekali lagi. Kali ni lagi teruk. Bunyinya umpama seseorang meniup Vuvuzuela tepat kat telinga kau. 

Aku rebah, mulutku berdarah. Mataku kabur. Aku terlelap sunyi. Ada sedikit efek asap yang aku sendiri tak pasti datang dari mana.

"Maafkan aku, Joe. Aku tak patut mencintai kawan seperti kau"




No comments:

Post a Comment