Monday, September 1, 2014

Rindu Anjing 200%

Ada kawan perempuan bagitau aku. Dia minat drama Rindu Anjing 200% ni bukan sebab pelakon hensem, tapi sebab jalan ceritanya yang tak sama dengan drama cinta lain. Kira mcm rare lah. Panjang lebar dia mengarut, aku harap masa dia tengah bercerita ada cicak berak atas kepala dia, mungkin tahi tu boleh buat dia stop cerita pasal drama Rindu Anjing 200% ni. 

Dia masih sangkal pendapat aku bahawa kaum perempuan minat drama tu sebab hero hensem walaupun berlakon macam celaka dan kaum lelaki minat cerita tu sebab heroin cantik. Cantik ke? Boleh la sekadar buat modal seluk. Seluk je tak buat apa-apa pun.

Aku dah bengang, otak aku dah tak boleh masuk apa yang dia cakap. Dengan pantas aku tanya dia . "Habis kenapa engko update status kesian sbb hero kena tikam? Cuba kalau heronya tu ditukar, Azwan Ali misalnya. Engko rasa engko minat tak cite tu?" Terkebil kebil dia nak jawab. 

2 comments: